Panasnya Hari Ini

‘Chegubard’ Dipecat Daripada PKR

KUALA LUMPUR:PKR hari ini telah bertindak memecat Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai ‘Chegubard’ kerana didakwa melanggar disiplin parti.

Memetik sumber Berita harian, susulan pemecatan itu, Badrul Hisham yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),telah dilucutkan daripada segala jawatan dalam parti serta dilarang menjalankan aktiviti atas nama PKR.

Surat pemecatan Chegubard bertarikh 26 Ogos 2016 itu dikeluarkan Ibu Pejabat PkR dan ditandatangani Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Surat itu menyatakan Jawatankuasa Lembaga Disiplin PKR yang bermesyuarat pada 4 Ogos lalu membuat keputusan memecat Badrul Hisham mengikut Fasal 41.7 Perlembagaan parti berikutan tindakan yang dikatakan telah ‘menjejaskan imej dan memecah-belahkan parti, seterusnya ingkar dengan arahan parti’.

Badrul Hisham dijadual hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya petang ini bagi menyerahkan beberapa dokumen berkaitan penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands, Selangor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");