Membawang Hari Ini

Cik Pang: Kami hanya kawan biasa

Sebelum ini Cik Pang pernah berkongsi cerita mengenai penyanyi baru dan juga protege Dayang Nurfaizah, Sandra yang dikatakan bercinta dengan komposer muda sedang mencipta nama, Akid.

Bagaimanapun, apabila ditanya, kedua-duanya menafikan dan menegaskan antara mereka hanya kawan biasa. Sandra sendiri dengan jujur memberitahu bagaimana dia mahu bercinta dengan Akid kalau berkomunikasi pun jarang dengan pencipta lagu Tak Pernah Menyerah dendangan Dayang itu.

Terbaru, ada wakil daripada syarikat rakaman Sandra memberitahu teman sekerja Cik Pang yang Akid dilihat menunjukkan kesungguhan dan begitu mengambil berat perkara berkaitan dengan kerjaya seni Sandra.

Contohnya, dalam pembikinan klip video untuk single terbaru Sandra, Ku Tak Mahu Cinta, Akid bersungguh-sungguh menghasilkannya semula walaupun sebelum itu ia sudah siap sepenuhnya.

Menurut wakil syarikat rakaman Sandra, Akid tidak berpuas hati dengan pembikinan klip video terbabit dan meminta pihak pengurusan Sandra memperbetulkannya.

Akid sanggup ‘berumah tangga’ di studio syarikat rakaman Sandra, Indigital Sdn Bhd untuk menyiapkan klip video itu dan bersusah payah menghasilkan kesan khas agar video muzik Ku Tak Mahu Cinta lebih menonjol.

Kebetulan memang Akid mempunyai ilmu dalam menghasilkan kesan khas visual, jadi dia menggunakan seluruh pengetahuan untuk memurnikan lagi klip video Ku Tak Mahu Cinta.

Kalau hendak difikirkan, Akid tidak perlu bersusah payah menghasilkan semula video lagu terbaru Sandra itu kerana ia bukan hasil karyanya. Lagu itu dicipta Ammar Habir dan liriknya oleh Shana Razman.

Bagaimanapun, kesungguhan ditunjukkan Akid membuatkan orang keliling mempercayai gosip hangat sebelum ini yang Akid dan Sandra punya perasaan terhadap satu sama lain. Cuma masing-masing segan mahu meluahkannya.

Cik Pang sendiri hanya terima dan percaya dengan apa sahaja penjelasan dan penafian dibuat mereka berdua. Begitupun, hakikat sebenar hanya mereka yang tahu. Soal hati dan perasaan bukan boleh ditebak. Bukankah begitu, Sandra?-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");