Perak Hari Ini

Cipta Poster Dirgahayu Malaysia, Peluang Menangi Macbook

IPOH: Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Tempatan Fest dan Koloni Karyawan Amanjaya P.O.R.T menganjurkan pertandingan mereka cipta poster Dirgahayu Malaysia yang berlangsung sehingga 16 September ini.

Menurut Pengurus Besar PORT, Zamari Muhyi pertandingan ini dianjurkan sempena meraikan Ulangtahun Kemerdekaan ke-59 serta sambutan Hari Malaysia.

“Ia terbuka kepada semua pereka grafik di Malaysia dan menawarkan hadiah yang menarik iaitu seperti peralatan komputer serta wang tunai,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Katanya,para peserta boleh memuat naik penyertaan mereka di akaun Instagram Tempatan Fest iaitu @tempatanfest menggunakan hastag #dirgahayumalaysiacomp.

“Dirgahayu bermaksud ‘panjangkan usia’ dan konsep disebalik pertandingan ini ialah bagi melanjutkan harapan supaya Malaysia akan lebih kukuh dan bersatu sebagai satu negara,” katanya.

Bakal pemenang bakal berpeluang membawa pulang sebuah komputer MacBook untuk hadiah utama manakala bagi hadiah kedua berupa wang tunai RM2,000 dan hadiah ketiga wang tunai sebanyak RM1,000 serta hadiah saguhati wang tunai sebanyak RM100.

Ujarnya, karya-karya yang terpilih akan dipamerkan, dicetak dan dipromosikan oleh Tempatan Fest dan P.O.R.T.

Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan melayari laman Facebook tempatanfest dan laman instagram @tempatanfest dan @portipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");