Sukan Hari Ini

City layak Liga Juara-Juara

MANCHESTER City mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara selepas menundukkan Kelab Romania, Steaua Bucharest, 6-0 secara agregat, awal pagi semalam.

Pengendalinya, Pep Guardiola berpuas hati dengan prestasi pemainnya dan sudah bersedia menghadapi cabaran Liga Juara-Juara.

“Kami layak untuk berada di Liga Juara-Juara kerana kami bermain lebih baik berbanding Bucharest. Pemain dan kelab berhak atas kemenangan ini.

“Bucharest banyak bermain secara bertahan tetapi kami lebih bijak cipta peluang,” katanya.

City tidak menurunkan barisan terkuatnya ketika menentang Bucharest, semalam, selepas menang selesa perlawanan pertama 5-0.

Gol tunggal City dijaringkan Fabian Delph pada minit ke-56.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");