Sukan Hari Ini

Cristiano Ronaldo Pastikan Sihat, Cergas Sepenuhnya Sebelum Bersama Real Madrid

CRISTIANO Ronaldo berusaha memastikan dirinya kembali sihat dan cukup cergas sebelum dapat bersama Real Madrid, di mana dia telah memuat naik sekeping gambar ketika sedang berada di gym.

Ronaldo tidak beraksi di padang sejak mengalami kecederaan lutut ketika bermain untuk Portugal pada perlawanan akhir Euro 2016.

Walau tanpa Ronaldo, Portugal tetap memenangi perlawanan menentang pasukan tuan rumah Perancis untuk menjulang trofi.

Sejak itu, dia tidak dapat membuat penampilan bersama Real termasuklah perlawanan permulaan musim baharu dan terlepas keseluruhan kempen pra-musim.

Namun dia mampu untuk menghadiri undian UEFA untuk menentukan kumpulan Liga Juara-juara pada awal pagi Jumaat.

Majlis itu juga menyaksikan Ronaldo dianugerahkan pemain terbaik UEFA bagi musim 2015-16 apabila dia berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah ketiga, menewaskan Antoine Griezmann dan Gareth Bale untuk membawa pulang trofi.

Pemain berusia 31 tahun ini telah menyatakan komitmennya untuk kelab selepas memenangi trofi itu.

“Saya berada dalam kelab terbaik di dunia dan saya mahu menamatkan karier saya di sini pada usia 41. Sekarang saya perlu tenang tetapi matlamat saya ialah untuk melanjutkan kontrak saya dan kekal di kelab yang paling saya suka.

“Saya mahu mengekalkan diri saya di peringkat ini. Saya akan berusaha untuk mencapainya seperti yang telah saya lakukan setiap tahun.

“Saya tidak perlu melihat orang lain, saya memberi motivasi kepada diri saya sendiri. Apa yang saya mahu adalah menjadi kompetitif untuk tahun yang lain.

Dia menyaksikan Real diundi untuk menentang Sporting Lisbon, Borussia Dortmund dan Legia Warsaw di peringkat kumpulan.

Sementara itu, Ronaldo tidak akan beraksi bersama Portugal pada perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia Rusia 2018 menentang Gibraltar, 1 September ini.

Pengurusnya, Fernando Santos meninggalkan pemain tengah ini, menggantikannya dengan seperti Eder dan Rafa Silva.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");