Membawang Hari Ini

Cubaan Kate jadi ahli penyelidik

WATAK Sue Storm di dalam filem adiwira popular, Fantastic Four adalah watak yang berpengaruh kerana dia satu-satunya heroin dalam kalangan empat anggota kumpulan adiwira tersebut.

Storm juga mempunyai keistimewaan tersendiri, iaitu mampu menghilangkan diri daripada pandangan manusia dan ini adalah sebab wanita tersebut menjadi aset terpenting di dalam Fantastic Four.

Siapa sangka, watak adiwira tersebut berjaya dibawa oleh pelakon, Kate Mara, 33, yang kini namanya semakin dibualkan dalam kalangan pengarah terkenal Hollywood. Kebolehannya melakonkan pelbagai watak menjadikan dia semakin mendapat banyak tawaran berlakon.

Kate dilahirkan pada 27 Februari 1983 di New York, Amerika Syarikat (AS) dan dia adalah kakak kepada Rooney Mara, yang juga pelakon. Apa yang menarik, moyangnya adalah pengasas dua kelab American Football yang terkenal di AS iaitu, New York Giants dan Pittsburgh Steelers.

Keinginan tinggi

Walaupun datang daripada keluarga bisnes, Kate tidak berminat meneruskan legasi keluarganya. Sebaliknya, dia mahu menceburi bidang lakonan yang menjadi minatnya sejak kecil.

Perkara ini dibuktikan apabila dia tidak menghabiskan pengajiannya di Universiti New York demi mengejar impian sebagai pelakon. Ketika zaman kanak-kanak, dia memberanikan diri untuk menghadiri sesi uji bakat lakonan untuk drama bercorak kepolisian, Homicide: Life on the Street.

Walaupun tidak berjaya, ia tidak mematahkan semangatnya untuk mengabadikan diri dalam dunia lakonan. Akhirnya, usahanya membuahkan hasil apabila dia menjadi pelakon pembantu di dalam drama bercorak perundangan, Law & Order pada 1997.

Kate popular sebagai pelakon drama dan antara drama yang telah melonjakkan namanya adalah American Horror Story dan 24. Kate mula berlakon filem pada 1999 dalam sebuah filem bajet kecil, Joe The King.

Selain berlakon di dalam Fantastic Four pada tahun lalu, Kate juga berlakon di dalam filem angkasa lepas yang sangat diminati ramai, The Martian yang turut dibintangi Matt Damon.

Pada tahun ini, Kate muncul semula dalam filem Morgan. Filem ini mengisahkan dilema sebuah pusat penyelidikan yang diketuai Lee Weathers sama ada untuk terus mengawal atau melepaskan Morgan, seorang remaja yang mempunyai kebolehan istimewa.

Namun, Weathers agak bimbang melepaskan Morgan kerana khuatir remaja itu akan mencederakan orang memandangkan dia tidak pernah bercampur dengan dunia luar. Weathers watak utama dalam filem tersebut yang dipegang oleh Kate.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");