Panasnya Hari Ini

Dakwaan Perlu Kemukakan Dengan Bukti

KUALA LUMPUR:Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti berhubung dakwaannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Memetik sumber Mstar beliau turut membidas Muhyiddin kerana bertindak membuat kenyataan tidak berasas berdasarkan khabar angin.

“Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh perdana menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti.

“Jangan buat dakwaan berdasarkan khabar angin,” katanya apabila diminta mengulas satu laporan bahawa Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion sudahpun ada di dalam akaun bank peribadi perdana menteri malah sebelum kontroversi yang dilaporkan secara meluas mengenai RM2.6 bilion.

Menurut laporan tersebut, Muhiyiddin berkata beliau difahamkan mengenai simpanan itu sebelum daripada sumbangan yang dikatakan daripada Arab, daripada bekas Peguam Negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini berkenaan T-Shirt kuning Bersih, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keputusan mahkamah perlu dihormati.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan T-shirt kuning Bersih dan risalah berkaitan dengan perhimpunan Bersih itu tidak munasabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");