Sukan Hari Ini

Demi emas!

Kelana Jaya: Pengendali Skuad Projek Sukan SEA 2017 Frank Bernhardt tetap mahu meneruskan hasratnya mengumpulkan pemain dalam satu pasukan secara tetap berbanding memanggil mereka ketika menghadapi perlawanan antarabangsa.

Jelas pengendali yang berasal dari Jerman itu, sekiranya sistem sekarang masih diteruskan beliau bimbang sasaran pingat emas diletakkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) pasti sukar direalisasikan.

Katanya, berdasarkan kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tahun depan, beliau mengakui agak sukar baginya menyediakan sebuah pasukan mantap sebelum bermulanya temasya itu yang dijadualkan berlangsung pada Ogos.

“Mengapa cadangan itu perlu dilaksanakan kerana kalau tarikh FIFA untuk aksi jendela antarabangsa tahun depan diambil kira, kami hanya boleh berlatih dua kali pada 2017 termasuk ketika Ramadan.

“Saya rasa situasi itu tidak bagus untuk kami bagi menghadapi Sukan SEA nanti, ” katanya ketika ditemui pada sidang media aksi persahabatan menentang pasukan Bawah-22 (B-22) Bahrain, di Stadium Shah Alam, malam ini.

Menerusi laporan Arena Metro semalam, beberapa pemain utama skuad itu meluahkan hasrat untuk kekal beraksi bersama kelab dan pasukan negeri masing-masing berbanding kekal sebagai satu pasukan di Wisma FAM.

Rintihan itu diluahkan tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Dominic Tan dan penyerang Kuala Lumpur, Muhammad Arif Anuar yang mahu sistem panggilan pemain ketika jendela perlawanan antarabangsa diteruskan.

Sementara itu, mengulas mengenai dua aksi persahabatan bertemu pasukan B-22 Bahrain bermula malam ini, Bernhardt membayangkan bakal merehatkan beberapa pemain terutama yang terbabit dengan aksi suku akhir Piala Malaysia semalam.

Namun, beliau tetap mengharapkan pemain yang bakal diturunkan nanti dapat mengekalkan falsafah permainan bola sepak moden yang diterapkan sebelum ini.

“Bagi pemain kali pertama menyertai skuad kebangsaan, bukan mudah untuk mereka mendapatkan momentum yang kami usahakan.

“Tapi, jika dapat mengekalkan perancangan serta gaya sebelum ini, sudah tentu peluang untuk menang cerah,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");