Jenayah

Ditahan ‘bawa’ kereta majikan

Serdang: Akibat kecuaian majikan tidak melaporkan penemuan semula kenderaan dicuri miliknya, seorang wanita ditahan polis ketika memandu kenderaan itu.

Wanita berusia 35 tahun itu ditahan jam 5 pagi kelmarin oleh sepasukan polis ketika cuba menghidupkan enjin kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Alphard di Jalan Bandar Puteri 2, Puchong, di sini.

Sumber berkata, kenderaan itu dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada Februari 2011 sebelum ia ditemui semula seminggu selepas kejadian.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan wanita itu kerana disyaki sebagai pencuri kenderaan itu berikutan pemiliknya tidak memaklumkan penemuan semula kenderaan itu kepada polis.

“Penahanan wanita itu mendedahkan kecuaian majikannya yang tidak membuat laporan penemuan kenderaannya semula,” katanya.

Kenderaan Toyota Alphard itu dilaporkan hilang di Taman Perindustrian Kinrara di sini, sebelum dijumpai semula pemiliknya di Kelana Jaya, Shah Alam.

“Bagaimanapun, pemiliknya tidak membuat laporan memaklumkan kepada polis berhubung penemuan keretanya itu. Ini sekali gus menjadikan status kenderaan itu sebagai kenderaan curi.

Katanya, wanita bersama kereta itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk membantu siasatan manakala pemiliknya dipanggil bagi memberi keterangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");