Panasnya Hari Ini

Dulu Malaysia Negara Aman, Kini Hadapi Bencana – Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia yang dulunya dikenali sebagai sebuah negara yang aman kini berhadapan dengan suatu bencana yang amat membimbangkan.

Menerusi satu kenyataan di Facebooknya, Muhyiddin berkata, banyak yang rakyat Malaysia mahukan termasuklah kenaikan harga barangan keperluan harian dibendung, pekerjaan dengan pendapatan yang mencukupi dan setimpal dengan kenaikan kos sara hidup, peluang pekerjaan baru diwujudkan.

“Tatkala rakyat sedang dihimpit oleh masalah kehidupan yang semakin rumit, khazanah negara tidak diurus dengan telus. Salah guna kuasa dan penyelewengan berleluasa. Aset dan wang negara dicuri dan dibelanja secara boros.

“Malah Perdana Menteri yang diamanahkan untuk menjaga khazanah negara dan membela kebajikan rakyat mencuri duit rakyat tanpa rasa bersalah walau sedikit pun.

“Apa yang berlaku di negara kita pada ketika ini bukanlah sesuatu yang didambakan oleh rakyat,”katanya.

Berikutan itu, Muhyiddin yang juga dinamakan sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyeru agar semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk bersatu hati menyelamatkan negara.

“Saya bimbang negara kita lambat laun akan terjerumus ke dalam gaung kemusnahan dan kegagalan sekiranya keadaan ini berterusan.

“Sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka dan cintakan negara, kita mahu Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara yang bermaruah dan dihormati oleh dunia,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");