Membawang Hari Ini

Eka tambah yakin

Tidak berputus asa dalam meneruskan kerjaya nyanyiannya, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan, Nur Atiqah Shariffudin atau Eka Shariff gembira apabila kehadirannya masih diterima peminat.

Menerusi aplikasi Smule, Eka, 27, yang menyanyikan semula lagu Sudah Ku Tahu nyanyian asal Projector Band gembira apabila orang sudah mula kenal dirinya selepas berjaya meninggalkan kesan terhadap lagu itu.

Semakin yakin dengan apa yang dilakukan, Eka kini tampil dengan single terbaru berjudul Mengenal Cinta ciptaannya sendiri yang dibantu Ardif Jauhari dari segi penggubahan muzik.

“Selepas keluar daripada AF, saya aktif menyanyi cuma orang saja tidak tahu. Saya juga pernah tampil dengan kumpulan duo iaitu Hanarose namun nasib tidak menyebelahi kami apabila kumpulan itu hanya mampu bertahan tiga tahun saja.

“Memang sedih namun saya perlu meneruskan kerjaya yang sudah menjadi kerjaya tetap,” katanya.

Tidak mahu hanya berdiam diri, Eka tidak menyangka pembabitannya dalam Smule secara tidak langsung membantu menaikkan semula namanya. Malah semakin ramai yang mula mencari siapakah gerangan Eka Shariff.

“Selepas bubarnya Hanarose, saya aktif di Smule kebetulan aplikasi itu sedang viral dan menjadi kegemaran ramai. Tidak sangka maklum balas daripada peminat sangat positif dan mereka sudah mula kenal saya.

“Peluang itu juga saya gunakan untuk melancarkan single Mengenal Cinta dan alhamdulillah ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Saya akui sukar untuk meneruskan perjalanan sebagai anak seni. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih mendapat tawaran menyanyi walaupun kurang mendapat publisiti,” katanya.

Tidak menetapkan sasaran tertentu dalam bidang seni, Eka cuma berharap dia dapat meneruskan kerjaya nyanyian sampai bila-bila.

“Untuk kekal dalam industri, saya sedar perlu ada persediaan dalam pelbagai perkara. Paling penting saya sendiri perlu berusaha dan tidak boleh terlalu berharap pada syarikat rakaman.

“Syukur laman sosial banyak membantu mempromosikan lagu dan diri saya yang secara tidak langsung memberi impak besar pada kerjaya seni,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");