Berita Hari Ini

‘Enggan mohon maaf, notis saman sampai rumah’

SHAH ALAM – Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, peguamnya sudah menghantar notis saman kepada seorang pemilik akaun Facebook yang memuat naik status berkenaan dakwaan mengatakan beliau pembuli jalan raya.

Nazir berkata, tindakan itu dilakukannya, selepas tempoh yang diberikan kepada pemilik akaun Facebook tersebut, untuk membuat permohonan maaf kepadanya tamat.

Katanya, peluang sudah diberikan jadi beliau berharap dengan tindakannya itu dapat memberi pengajaran kepada pemilik akaun Facebook itu, supaya tidak mengulangi perbuatannya disamping memberi kesedaran kepada orang lain untuk tidak bertindak sedemikian.

“Peguam saya sudah hantar notis saman ke rumahnya semalam…sebenarnya saya nak saman dia bukan kerana duit, sebab saya tidak nyatakan jumlahnya.

“Saya saman dia kerana perbuatannya, untuk beri pengajaran kepadanya kerana dia masih berdegil, jadi kenalah tanggung akibatnya, kini bergantung kepadanya,” katanya kepada Sinar Onlline.

Sebelum ini, Nazir memberi memberi tempoh sehingga Ahad lalu, untuk pemilik akaun Facebook itu membuat permohonan maaf.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status yang mengaitkan kereta yang kononya pemiliknya adalah Nazir memandu secara berbahaya dan hampir membuatnya terlibat dalam kemalangan

Nazir berkata, walaupun pemilik itu sudah memadamkan status berkenaan pada Ahad lalu, namun dek kerana keenggananya memohon maaf telah menjejaskan nama baiknya, sehingga memberi impak negatif dalam kehidupannya.

“Statusnya sudah dikongsi lebih 30,000 pelayar, jadi dia kena tampil mohon maaf dan beri penjelasan, ingat siber buli ini lebih teruk kesannya…saya harap kita semua tolak perbuatan siber buli ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, dia sentiasa bersikap lapang dada sekiranya pemilik akaun Facebook itu memohon maaf

“Kalau dia salah dia minta maaf, itu sahaja kalau tidak undang-undang yang akan tentukannya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");