Sukan Hari Ini

‘EPL lebih istimewa’

SELEPAS dipecat Chelsea, Jose Mourinho akui mendapat tawaran daripada kelab Itali dan Sepanyol, namun beliau menolaknya dan memilih untuk bersama Manchester United kerana baginya Liga Perdana Inggeris lebih istimewa.

“Saya pernah mengurus beberapa kelab di Itali dan Sepanyol sebelum ini. Tetapi, saya lebih menyukai kerjaya di Liga Perdana Inggeris kerana ia lebih istimewa.

“Jika di liga negara lain persaingan di antara pasukan agak tidak seimbang, tetapi di Liga Inggeris sebaliknya. Di sini mereka mahukan semua kelab di liga menjadi lebih kompetitif dan ini menjadikan lawan-lawan mereka lebih seimbang,” kata Mourinho kepada Metro.co.uk.

Selepas menggantikan Louis van Gaal, kerjaya Mourinho bersama The Red Devils dilihat semakin memberangsangkan.

Selepas berjaya memenangi Community Shield, anak buahnya turut memenangi dua perlawanan pertama dan membawa pulang tiga mata penuh.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");