Sukan Hari Ini

FELDA bangga ke Piala AFC

Maran: Walaupun peluang FELDA United menjuarai Liga Super agak tipis, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu mampu berbangga apabila layak ke kancah Piala AFC 2017.

Irfan Bakti berkata, The Fighters menampilkan aksi cemerlang sepanjang Liga Super untuk menghambat penyandang juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sehingga ke penghujung liga.

“Saya bangga dapat membawa FELDA United ke Piala AFC tahun depan dan ini pencapaian yang baik buat kami.

“Untuk perlawanan tadi (kelmarin), sudah pasti kami berasa agak kecewa dengan keputusannya namun keseluruhannya kita berjaya memberikan cabaran sengit kepada Johor DT,” katanya selepas perlawanan Liga Super antara FELDA United menentang Johor DT di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, dekat sini, kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Johor DT membenam FELDA United dengan jaringan 3-2 dan mencerahkan peluang mereka mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ketiga apabila mengumpul 49 mata selepas 19 perlawanan liga iaitu tujuh mata mengatasi FELDA United yang mengutip 42 mata.

Pasukan diberi jolokan Harimau Selatan itu hanya perlu menang satu perlawanan daripada baki tiga perlawanan selepas ini untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");