Berita Hari Ini

Fokus bantu masyarakat luar bandar

KUALA LANGAT – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) terus memainkan peranan sebagai agensi yang bukan sahaja fokus kepada sektor getah dan sawit, tetapi turut memastikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat memerlukan dilaksanakan.

Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihaknya mengenal pasti Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) Parlimen Kuala Langat, antara kelab yang boleh memanfaatkan keperluan sumbangan tanggungjawab sosial korporat iaitu sumbangan van jenazah bagi memudahkan pengurusan jenazah dilaksanakan dengan lebih baik.

“Pemberian ini juga adalah bersesuaian dengan tema Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu Transformasi Luar Bandar dengan hasrat membandarkan luar bandar.

“Berikutan itu, penyerahan van ini adalah salah satu kemudahan asas untuk masyarakat luar bandar terus berhubung,” katanya selepas Majlis Penyerahan Van kepada SRCC di Pusat Pengumpulan Hasil Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat di Kuala Langat, semalam.

Beliau berkata, sikap peka dan prihatin dalam misi membantu masyarakat luar bandar perlu dipupuk dan diteruskan bagi mengukuhkan hubungan antara agensi dan komuniti luar bandar.

Menurutnya, beliau mahu melihat bukan sahaja masyarakat tahu peranan Risda terhadap sektor getah dan kelapa sawit tetapi pelbagai bidang.

Sementara itu, Presiden SRCC Parlimen Kuala Langat, Jefrizal Mohd Jaafar berkata, beliau pernah melontarkan idea kepada kementerian untuk menggalakkan belia menguruskan jenazah.

“Sudah tiba masanya, urusan jenazah dilakukan oleh golongan muda, jadi saya terpanggil menggalakkan golongan muda untuk aktif.

“Selalunya urusan jenazah dipelopori golongan veteran, jadi selepas ini kita harap pengurusan jenazah dapat disahut oleh golongan muda pula,” katanya.

Jefrizal berkata, beliau faham kebanyakan masyarakat melihat sumbangan van jenazah biasanya kepada masjid, jadi kelainan kali ini diharapkan akan terus dimanfaatkan.

Katanya, sesiapa sahaja boleh memanfaatkan kemudahan itu dan buat sementara waktu, ia akan diletakkan di Kampung Seri Cheeding di bawah Unit Agama dan Kebajikan SRCC.

Sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut bolehlah menghubungi pengerusi di tiga zon SRCC iaitu di Zon Sijangkang 012-2180172 (Haidir), Zon Telok Datok 017-3430305 (Ali) dan Zon Morib 019-3643306 (Azhari) untuk maklumat lanjut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");