Sukan Hari Ini

Foxes bukan pilihan

PENGENDALI Leicester City, Claudio Ranieri menyifatkan pasukannya sebagai bukan pilihan apabila perlu berdepan Porto, Club Brugge dan Copenhagen dalam Kumpulan G.

Malah, Ranieri menyifatkan pemain The Foxes perlu berada di aksi terbaik selain mengharapkan sedikit magis untuk layak ke peringkat seterusnya.

“Walaupun mereka meletakan Leicester sebagai pilihan, tetapi saya tidak menganggap sedemikian. Kami tetap perlu bermain dengan baik.

“Kelab-kelab seperti Porto mempunyai lebih banyak kehebatan berbanding kami.

“Penyokong kami berhad untuk melihat kami bermain di Liga Juara-Juara dan menentang banyak pasukan dunia,” katanya.

Leicester akan memulakan perlawanan pertama menentang Brugge pada 14 September ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");