Sukan Hari Ini

Ganjaran raih pingat

Kuala Lumpur: Atlet paralimpik negara mendapat suntikan semangat dalam memburu pingat emas pertama di Sukan Paralimpik apabila bakal menerima elaun tetap bulanan – sama seperti atlet normal – sekiranya berjaya melakukannya di Rio.

Selepas diumumkan jumlah ganjaran sama dengan atlet normal pada 2013 iaitu pemenang emas mendapat RM1 juta, perak (RM300,000) dan gangsa (RM100,000), Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam mengumumkan atlet paralimpik akan turut menerima pencen bulanan.

Justeru, buat pertama kali, menerusi Skim Imbuhan Tetap Bulanan Sukan Paralimpik, mereka yang memenangi emas akan menerima pencen bulanan RM5,000, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000).

Imbuhan tetap bulanan juga akan dibayar kepada pemenang pingat Sukan Paralimpik yang lalu, bermula Oktober nanti.

“Kita menjangkakan pencapaian lebih baik berbanding London 2012 (satu perak dan satu gangsa) kerana kali ini ada tiga atlet olahraga yang berada dalam ranking utama dunia.

“Namun jika mampu mengatasi pencapaian atlet Olimpik di Rio baru-baru ini ia boleh dianggap cemerlang,” katanya.

Khairy menjelaskan berdasarkan ranking dunia, atlet olahraga seharusnya meraih emas namun bergantung kepada keadaan pada hari pertandingan.

“Kita boleh merancang namun tuah juga memainkan peranan. Jika keadaan mereka berada dalam situasi baik, kemungkinan untuk meraih pingat itu cerah,” tambahnya.

Tiga atlet olahraga yang menjadi sandaran ialah Abdul Latif Romly (ranking nombor satu dunia kategori T20 lompat jauh), Mohamad Ridzuan Puzi (ranking dua dunia kategori T36 100 meter dan lompat jauh) serta Muhammad Ziyad Zulkifli (ranking kelima dunia kategori F20 lontar peluru).

Turut menjadi sandaran pemanah Hasihin Sanawi yang meraih perak empat tahun lalu.

Seramai 21 atlet membabitkan 19 lelaki dan dua wanita akan bersaing dalam lapan daripada 23 jenis sukan membabitkan olahraga, berbasikal, powerlifting, memanah, ping-pong, pelayaran, tenis kerusi roda dan renang.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");