Sukan Hari Ini

Gergasi ragbi Johor

Batu Pahat: Pasir Gudang mencipta kejayaan membanggakan apabila mengekalkan gelaran juara buat kali ketiga berturut-turut Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Johor (MSSJ) Bawah 12 Tahun 2016.

Pertandingan yang diadakan di SMK Munshi Sulaiman itu menyaksikan Pasir Gudang muncul juara selepas menewaskan Johor Bahru 48-5 pada perlawanan akhir, baru-baru ini.

Di separuh akhir, Pasir Gudang menundukkan Kota Tinggi 71-10. Peringkat kumpulan pula menyaksikan Pasir Gudang mengatasi Batu Pahat dan Muar, masing-masing dengan 85-5 dan 58-10.

Lebih manis, Muhammad Yusri Sadiq turut meraih anugerah Pemain Terbaik Kejohanan.

Jurulatih Pasir Gudang Hazaadzim Adanan berkata, kejayaan amat bermakna itu ditujukan khas buat bekas Pengerusi Teknik Ragbi Bawah 12 Tahun Pasir Gudang Arwandi Ju
maat.

“Beliau dianggap legenda ragbi daerah dan terbabit aktif dalam pembangunan ragbi daerah dan negeri Johor, khasnya,” katanya.

Pasukan Pasir Gudang itu membabitkan pemain daripada SK Taman Rinting 1, SK Taman Johor Jaya 1 dan SK Kota Masai.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");