Sukan Hari Ini

‘Gilap bakat penerjun baru negara lebih awal’

Kuala Lumpur: Malaysia perlu mengasah bakat baru penerjun daripada usia muda seandainya mahu setanding dengan kuasa utama sukan itu, China, kata jurulatih kebangsaan Yang Zhuliang.

Menurutnya, ketika beliau masih bersama skuad kebangsaan China, penerjun muda republik itu sudah beraksi di Kejohanan Dunia pada usia semuda 14 tahun.

“Namun, di sini, kita bermula agak lewat. Kebanyakan penerjun menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 13 tahun, baru dilatih berikutan kemudahan latihan yang terhad,” katanya.

Zhuliang berkata, jumlah penerjun negara yang layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro juga masih kecil dan Malaysia pasti memiliki peluang lebih besar seandainya ada kumpulan penerjun yang lebih ramai.

“Kita perlu bermula dari sekarang jika mahukan keputusan yang lebih baik di Sukan Olimpik Tokyo 2020…kita tak mampu berehat,” kata jurulatih dari China itu yang kini memegang status penduduk tetap Malaysia.

Beliau berkata, di Tokyo nanti, semua negara peserta termasuk Malaysia pasti mahu menewaskan China.

“China sudah membuktikan mereka begitu kuat dalam sukan ini. Kita perlu bermula dari sekarang jika mahu menewaskan mereka,” katanya.

Zhuliang juga berkata, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) telah memberikan cuti 10 hari kepada penerjun yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik Rio.

Namun, katanya jurulatih tidak boleh mengambil cuti panjang kerana perlu melatih skuad pelapis. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");