NICO Rosberg meraih kedudukan petak pertama selepas pusingan kelayakan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Belgium lewat Sabtu malam.
Pelumba Mercedes itu mencatat masa terpantas 1′ 46.744s meninggalkan Max Verstappen di kedudukan kedua dengan kelebihan masa 0.149s.
Verstappen,18, yang memandu jentera Red Bull menjadi pelumba termuda dalam rekod F1 yang berjaya memulakan perlumbaan di barisan kelompok hadapan.
“Saya sangat teruja berada di tempat kedua di hadapan penyokon-penyokong sendiri,” jelasnya yang lahir di Belgium (ibu), manakala bapanya berasal dari Belanda.
Sementara itu, dua pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel bakal memulakan perlumbaan di petak ketiga dan keempat.
Seorang lagi pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo menguasai petak kelima apabila menamatkan saingan kelayakan 1:47.216s meninggalkan Sergio Perez dari pasukan Force India.
Dalam pada itu, juara bertahan dunia, Lewis Hamilton terpaksa memulakan saingan di petak terakhir selepas dikenakan penalti kerana menukar komponen enjin.
Senarai penuh keputusan pusingan kelayakan dan kedudukan petak pelumba GP Belgium:
1. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes 1:46.744
2. Max Verstappen (Netherlands) Red Bull – 1:46.893
3. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:46.910
4. Sebastian Vettel (Germany) Ferrari 1:47.108
5. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull -1:47.216
6. Sergio Perez (Mexico) Force India – Mercedes 1:47.407
7. Nico Huelkenberg (Jerman) Force India – Mercedes 1:47.543
8. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:47.612
9. Jenson Button (Britain) McLaren 1:48.114
10. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:48.263
11. Romain Grosjean (Perancis) Haas – Ferrari 1:48.316
12. Kevin Magnussen (Denmark) Renault 1:48.485
13. Esteban Gutierrez (Mexico) Haas – Ferrari 1:48.598
14. Jolyon Palmer (Britain) Renault 1:48.888
15. Carlos Sainz Jr (Sepanyol) Toro Rosso – Ferrari 1:49.038
16. Pascal Wehrlein (Jerman) Manor – Mercedes 1:49.320
17. Felipe Nasr (Brazil) Sauber – Ferrari 1:48.949
18. Esteban Ocon (Perancis) Manor – Mercedes 1:49.050
19. Daniil Kvyat (Rusia) Toro Rosso – Ferrari 1:49.058
20. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber – Ferrari 1:49.071
21. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:50.033
22. Fernando Alonso (Sepanyol) McLaren
-mstar