Perak Hari Ini

Graduan Pelancongan Impi Bina Resort Pertama Di Kampung

TANJUNG RAMBUTAN : Graduan orang Asli yang memperolehi Sijil Pelancongan dan Pengembaraan dari Kolej Komuniti Sungai Siput Nurul Zhahati Anjang 20, menyimpan hasrat untuk membuka resort yang pertama di kampungnya, Sungai Tonggang di sini.

Ujarnya, beliau melihat bahawa kampungnya itu mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan memandangkan pada ketika ini pun, sudah ramai pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke kampungnya itu.

“Saya melihat ada potensi yang besar untuk memajukan sektor pelancongan di kampung saya kerana ketika ini pun, sudah ramai pelancong terutamanya dari luar negara.

“Tambahan pula, sebelum ini saya juga sering menolong ayah dalam membantu pelancong-pelancong luar negara yang datang ke kampung kami,”kata anak gadis dari suku Temiar itu.

Beliau ditemui selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Perak 2016 yang diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, hari ini.

PERAK TODAY 3

Dalam majlis yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nuritu, seramai 692 graduan daripada 872 graduan menghadiri majlis konvokesyen tersebut.

Kata anak ke lima dari lapan beradik itu lagi, untuk merealisasikan impiannya itu, beliau turut menyimpan hasrat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Jika ada peluang, saya ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang yang berkaitan dengan pelancongan,”katanya lagi.

Sementara itu, graduan Sijil Pengendalian Acara dari Kolej Komuniti Pasir Salak, Muhammad Nazme Noorawee Ridzuan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ketua Pengarah.

Antara nama pelajar cemerlang lain ialah Masduqi Zul Azhar 23 (masalah pembelajaran) dari Kolej Komuniti Sungai Siput, Ardi Little 44 (Kolej Komuniti Gerik) dan Mohamad Azizul Ismail (Kolej Komuniti Bagan Serai).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");