Sukan Hari Ini

Hanya 40 peratus rakyat amal budaya sukan: Khairy

Putrajaya: Rakyat Malaysia secara amnya masih belum mengamalkan budaya sukan secara menyeluruh, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, hanya 40 peratus jumlah penduduk negara ini yang mengamalkan gaya hidup sihat dan membudayakan sukan dalam kehidupan mereka.

“Maka tidak hairan jika kita lihat kepada negara maju seperti Australia, Jepun dan United Kingdom, mereka mampu menang banyak pingat di Sukan Olimpik kerana rakyatnya membudayakan sukan.

“Bagaimana kita hendak mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei (gambar), Datuk Nicol David, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong sekiranya rakyat tidak bersukan.

“Kita tidak tahu bila akan muncul atlet setanding mereka yang mempunyai prestasi cemerlang selepas ini,” katanya semasa berucap melancarkan acara marathon HSN21KM di Galeri KBS, di sini semalam.

Katanya penganjuran Hari Sukan Negara umpamanya, adalah bagi mencetus gelombang untuk membentuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Kita (Kementerian Belia dan Sukan) sasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan dengan lebih 60 peratus rakyat libatkan diri dalam aktiviti kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,” katanya dalam sidang akhbar selepas itu.

Katanya, masalah obesiti yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dalam kalangan rakyat di negara ini adalah semakin meruncing.

“Ini disebabkan gaya hidup tidak sihat dan penyertaan dalam sukan yang sangat kurang,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");