Sukan Hari Ini

Hanya mainan politik: Khalid Ali

BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali mendakwa isu pemacu pena yang diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hanya permainan politik pihak tertentu bertujuan mengaitkan dan menjatuhkan maruah pegawai di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.

“Saya tak fikir dalam pendrive tersebut ada isi yang menjelaskan mengenai ketirisan dan salah laku seperti didakwa. Ia hanya permainan politik pihak tertentu. Jika benar ada, saya cabar Khairy dedahkan dengan segera.

“Selama 13 tahun saya berada dalam bola sepak Malaysia, saya tidak pernah dengar mengenai perkara sebegini dan jika ada, saya berdiri teguh di belakang Khairy dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memperjuangkan perkara ini,” katanya.

Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) menyerahkan pemacu pena yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku FAM kepada Khairy.

Kelmarin, Khairy mendedahkan terdapat 279 halaman dalam pemacu pena tersebut dan meminta masa untuk menyemaknya selain berjanji tidak akan melindungi sesiapa pun dalam menangani isu tersebut.

Mengulas lanjut, kata Khalid, 30 juta rakyat Malaysia menunggu kandungan pemacu pena tersebut dan meminta ketelusan Khairy untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika benar adanya salah guna seperti yang didakwa.

“Ini sebenarnya satu ketidakadilan kepada keluarga FAM apabila isu ini menjadi besar begini. Kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi dan ramai yang telah menyalahkan FAM.

“Saya harap selepas Khairy membaca isi kandungan pendrive tersebut, dapat menjernihkan semula keadaan.

“Sekali lagi saya ulang jika benar ada pegawai FAM terlibat, satu tindakan tegas perlu diambil. Kita mahu bola sepak maju ke depan dan bukan ke belakang,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");