Sukan Hari Ini

Hasbullah berang pengadil batal gol Dilshod

Kuala Terengganu: “Pengadil perlawanan berat nanang (teruk), rompak kemenangan kami,” kata kapten T-Team Mohd Hasbullah Awang mengulas aksi suku akhir pertama dengan FELDA United malam kelmarin.

Pemain tinggi lampai itu berkata, jika pengadil perlawanan Khirul Azuan Kidam yang dibantu penjaga garisan Mohd Yusri Mohamad serta Mohd Hariff MD Akhir menjalankan tugas dengan baik, skuad Titans mampu menang ke atas pasukan The Fighters terutama selepas jaringan Dilshod Sharafetdinov dibatalkan.

“Saya terkejut dan hairan kenapa jaringan itu dibatalkan sedangkan dia tidak mengasari penjaga gol lawan sebelum menjaringkan gol.

“Dakwaan pengadil yang menyatakan Dilshod mengasari penjaga gol silap.

“Lebih-lebih lagi apabila bekas pengadil antarabangsa Subkhiddin Mohd Salleh menyatakan bola tandukan Dilshod itu sah,” katanya kesal dengan insiden itu.

Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu yang berkesudahan seri 1-1 itu tuan rumah terlebih dulu meledak jaringan menerusi pemain baharu Muhammad Safawi Rasid pada minit kedua sebelum disamakan Francis Forkey Doe pada minit ke-51.

Mengulas lanjut Hasbullah juga melahirkan rasa kecewa apabila pengadil mengesahkan jaringan Forkey Doe walaupun pemain itu menggunakan tangan terlebih dahulu untuk menahan bola sebelum menolak masuk.

“Selain itu banyak lagi keputusan pengadil yang dilihat berat sebelah dan tidak menunjukkan mutu sebenar sebagai pengadil bertaraf profesional,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");