Sukan Hari Ini

Hazard kembali temui sentuhan

SELEPAS melalui aksi mengecewakan musim lalu, nama Eden Hazard kembali meniti di bibir penyokong The Blues selepas sentuhan cemerlangnya membantu Chelsea membenam Burnley 3-0.

Pengendali Chelsea, Antonio Conte bagaimanapun percaya Hazard masih jauh daripada prestasi sebenar dan bakal mengganas dalam beberapa perlawanan lagi.

“Saya rasa Hazard adalah seorang pemain yang hebat dan sering bekerja keras. Dia berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki persembahan burunya musim lalu.

“Apa yang saya boleh katakan masih banyak ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan pemain itu dan saya yakin lebih banyak gol akan terhasil jika dia terus berusaha,” katanya.

Hazard setakat ini telah menjaringkan dua gol dan satu assist dalam tiga perlawanan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");