Membawang Hari Ini

Hikmah Di Sebalik Kontroversi Rumah Tangga Adam Shahz

PETALING JAYA: Pelakon Adam Shah menyifatkan kontroversi melanda perkahwinannya pada akhir tahun lalu banyak mematangkan dirinya dalam melayari alam rumah tangga bersama isteri, Fatin Afifah.

Adam, 34, berkata, dugaan tersebut sebenarnya membawa seribu hikmah kepada hubungan mereka dan mengakui kejadian tersebut telah mengeratkan lagi ikatan mereka berdua.

“Apabila saya kenangkan kembali ada hikmah kejadian itu berlaku kerana jika tidak mungkin hubungan kami berdua tidak seperti sekarang.

“Saya semakin matang dalam melayari rumah tangga dan Alhamdulillah saya sedar terhadap tanggungjawab saya sebagai suami dan bapa kepada anak kami,” katanya kepada mStar Online.

Adam sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila isterinya mendedahkan gambar paparan skrin perbualan suaminya itu dengan seorang wanita di Instagram.

Pelakon filem Juvana itu bagaimanapun menjelaskan dia sebenarnya cuba menolak secara baik peminat yang ingin bertemu dengannya namun mengaku silap tindakan melayan peminat tersebut.

Dalam pada itu, Adam menyangkal dakwaan kononnya Fatin mengongkong pergerakannya selepas insiden berkenaan sebaliknya isterinya itu masih meletakkan kepercayaan kepadanya.

“Tidak benar dakwaan berkenaan kerana walaupun pernah melakukan kesilapan isteri masih meletakkan kepercayaan penuh kepada saya,” katanya.

Fatin yang turut berada di sisi suaminya menganggap tuduhan itu mengarut selain tidak mahu lagi mengingati kejadian menimpa hubungan mereka sebelum ini.

Sementara itu, Adam berkata, Fatin sudah kembali aktif sebagai pelakon selepas memberi tumpuan kepada anak sulung mereka, Ivy Herra yang kini berusia 14 bulan.

Pun begitu katanya, mereka akan memastikan jadual penggambaran tidak bertembung kerana tidak mahu mengabaikan anak mereka yang dijaga tanpa bantuan pembantu.

“Sebelum ini memang Fatin yang menjaganya secara sepenuh masa dan apabila dia kembali berlakon kami sama-sama bersetuju untuk menjaganya bersama tanpa menggunakan bantuan.

“Jadi kami akan pastikan jadual kami tidak bertembung bagi membolehkan salah seorang dapat menjaga anak kami.

“Jika keadaan terdesak baharulah saya akan minta pertolongan ibu mertua untuk menjaganya,” jelas Adam.

Dalam perkembangan lain, Adam berkata, dia teruja apabila namanya tersenarai sebagai lima terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) menerusi kategori Pelakon Lelaki Baharu Terbaik (Juvana 2).

Bagaimanapun dia tidak mengharapkan seberang kemenangan kerana pencalonan tersebut sudah cukup buatnya.

“Terkejut juga apabila nama saya sangkut untuk FFM28 dan Alhamdulillah usaha saya sebelum ini akhirnya membuahkan hasil.

“Tetapi saya tidak mahu terlalu mengharapkan kemenangan dan pencalonan itu sudah pencapaian besar buat diri saya,” katanya.

FFM28 bakal berlangsung secara langsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 3 September depan.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");