Panasnya Hari Ini

Hishammuddin Ragui Keikhlasan Tun M Mohon Maaf

KUALA LUMPUR : Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung tindakannya memansuhkan perkenan Raja-raja untuk mewartakan undang-undang baharu diragui keikhlasannya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan pemansuhan yang dibuat pada tahun 1993 itu hanyalah untuk memastikan tidak ada institusi atau pihak tertentu boleh menidakkan kepentingan bangsa serta negara.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan itu turut berkata, jika tindakan Tun Mahathir menghilangkan kuasa Agong untuk mewartakan undang-undang baharu adalah wajar, kenapa perlu Tun Mahathir memohon maaf sekarang.

“Tetapi, hari ini hujahnya berbeza dan kadang-kadang kita tertanya-tanya sama ada (Tun Mahathir) betul-betul ikhlas sokong benda itu (mansuh perkenan Raja-raja Melayu) sehingga dia memohon maaf. Cakap tak serupa bikin,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Tun Mahathir menerusi blognya meminta maaf atas tindakan meminda Perlembagaan Persekutuan yang menyaksikan bahawa Rang Undang-Undang diluluskan di Parlimen dan Dewan Negara akan menjadi undang-undang dalam tempoh 30 hari sama ada dengan atau tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Hishammuddin berkata, banyak perkara yang perlu dilakukan oleh kerajaan sekiranya mahu membuat pindaan semula terhadap Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh alih tiang gol kerana kita juga terpaksa bertanggungjawab di atas tindakan yang dilakukan ketika itu yang di mana kita (UMNO) memimpin ketika itu.

“Perlakuan itu akan dinilai generasi akan datang dan ini akan jadi sau perkara untuk dihakimi generasi selepas kita.

“Jangan terikut isu semasa, sama ada kita nak baiki bergantung kepada (nasib) kita yang boleh ditentukan pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");