Sukan Hari Ini

Hull mahu baham Manchester United

PENDATANG baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Hull City berazam membenam Manchester United dalam aksi kedua-dua pasukan awal pagi esok (12.30 pagi waktu Malaysia).

Masih segar kemenangan 2-1 ke atas penyandang juara, Leicester City diikuti menundukkan Swansea 2-0, pengendalinya Mike Phelan yakin The Tigers mampu mempamerkan aksi bertenaga ketika bertemu United seterusnya memastikan rekod tanpa kalah dapat dilebarkan kepada tiga perlawanan.

“Saya tidak mahu berfikir susah mengenai perlawanan menentang United. Kami akan menanti United dengan tenang dan bermain dengan cara kami.

“Kami tahu United mempunyai kehebatan mereka ditambah dengan kehadiran beberapa pemain terkemuka dunia. Tetapi yang lebih penting dalam bola sepak adalah semangat dan kami berada di tahap terbaik,” katanya.

Phelan yang juga bekas pemain dan penolong pengurus United pada 1989 hingga 1994 juga teruja untuk berdepan dengan bekas majikannya itu.

“Satu perasaan yang sangat mengujakan untuk berhadapan dengan United. Saya berjaya di United sebagai pemain dan penolong pengurus dan ingin membenam United pula sebagai pengendali Tigers.

“Jika saya berjaya, ia bakal menjadi detik manis pada saya dan juga memastikan kerja saya di Hull lebih terjamin,” katanya.

Mourinho tidak ambil mudah saingan Hull

PENGENDALI United, Jose Mourinho tidak mahu ambil mudah pertemuan dengan Hull dan tahu pasukan itu mampu mencipta kejutan jika diberikan ruang.

“Hull pasukan baharu naik. Tetapi tengok kejutan yang telah dilakukan dalam dua perlawanan awal dan tidak mustahil kami juga akan menjadi mangsa jika tidak berjaga-jaga.

“Kami tetap mengejar tiga mata dan terus berada di kedudukan teratas liga,” katanya.

United berada di kedudukan kedua liga di belakang Manchester City dan Hull berada di belakang United di kedudukan ketiga.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");