Isu Panas

Husam sah sertai Amanah

Cyberjaya: Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa secara rasmi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di depan lebih 1,000 ahli Amanah di sini, malam tadi.

Pengumuman itu dibuat Husam ketika program Makan Malam Ambang Merdeka anjuran Amanah Nasional dan Putrajaya di sini, yang turut disertai Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang.

Husam dalam ucapannya berkata, beliau sudah menanggalkan ‘jersi’ PAS dan berharap pertukaran jersi ini akan membantu meletakkan Islam di tempat yang betul.

Menurutnya, beliau berharap anggota dan pimpinan Amanah dapat menerima dan meluluskan permohonannya.

“Biarpun dipecat dari PAS, saya tidak gelisah dan menyesal sebaliknya berharap lebih tenteram dengan menyertai Amanah,” katanya.

Sementara itu, Mat Sabu berkata, beliau menerima sesiapa sahaja untuk menyertai Amanah.

“Kami mengalu-alukan sesiapa saja menyertai kami (Amanah),” katanya ketika ditemui malam tadi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");