Jenayah

Individu sebabkan restoran nasi kandar rugi ditahan

GEORGETOWN – Seorang lelaki yang disyaki membuat kecoh di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jelutong yang dikatakan menyebabkan restoran itu rugi hingga RM7,000 ditahan.

Lelaki berusia 48 tahun dan mempunyai tiga rekod jenayah itu ditahan ketika dia dirawat di Hospital Pulau Pinang pada pukul 10.35 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kejadian berlaku tengah malam Khamis lepas apabila dua pelanggan dilapor membuat kecoh di restoran berkenaan ketika mahu membuat bayaran makanan mereka.

“Mereka dilapor merampas mesin mengira wang dan menghempaskannya ke atas lantai apabila juruwang enggan memberikan mereka duit yang diminta, sebelum mereka menumbuk cermin tempat menyimpan makanan sehingga pecah menyebabkan tangan mereka berdarah,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata mereka didapati dalam keadaan mabuk.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");