Perak Hari Ini

Isu Dadah: Ketua Kampung Dipecat Jika Tidak Bekerjasama

KUBU GAJAH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini memberi amaran kepada Ketua Kampung bahawa mereka akan dipecat sekiranya masalah penagihan dadah di kampung tersebut masih lagi berleluasa.

Zambry berkata, beliau tidak mahu mana-mana pihak cuba untuk melindungi orang yang terlibat dengan isu dadah berikutan masalah tersebut perlu ditangani secara bersama.

“Sekiranya saya dan kerajaan negeri mendapati, kes-kes berlaku dengan serius di sesebuah kampung tetapi tidak dilaporkan oleh ketua-ketua kampung, maka mereka akan dipecat,” katanya.

PERAK TODAY 10

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Pekerti dan Mini Karnival YBUDR @ Felda sempena Pemukiman Parlimen Larut di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok di sini, hari ini.

Tegasnya, sehingga kini, masih belum ada ketua kampung yang dipecat dan mereka telah memberikan kerjasama yang baik dalam memerangi isu dadah terbabit.

“Belum ada yang dipecat, setakat ini kalau ada kes-kes, maklumat, mereka nampaknya bekerjasama memberikan maklum balas sepenuhnya,” katanya.

Tambah Zambry lagi, pihaknya memandang serius dengan perkara tersebut kerana ia merupakan satu isu yang besar dan Ketua kampung bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu itu.

PERAK TODAY 1

“Kita telah menjadikan untuk pembasmian dadah ini antara agenda penting untuk kerajaan negeri,” ujarnya.

Sementara itu, Zambry berkata, pihaknya juga telah mengambil langkah untuk meletakkan papan tanda ‘anti dadah’ di seluruh daerah di negeri ini.

Ujarnya, ia adalah sebahagian daripada kempen berterusan yang dilakukan oleh kerajaan negeri melalui kaedah yang dirasakan praktikal.

PERAK TODAY 16

“Kita letakkan di pasar-pasar awam bagi mengingatkan dan memaklumkan kepada masyarakat kalau sekiranya ada maklum balas yang berkaitan dengan masalah pengedaran dadah, mereka boleh terus menghubungi nombor telefon atau alamat yang tertera di papan tanda tersebut.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk memasang papan tanda ‘Anti Dadah’ di setiap daerah seluruh negeri Perak.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 32 papan tanda anti dadah telah diserahkan kepada ketua kampung di sekitar daerah Selama yang mana ianya turut disumbangkan oleh AADK dan PEMADAM.

“Kita telah mulakan pelancarannya di daerah Selama ini yang mana semalam kita telah menyerahkan kepada 32 Ketua kampung untuk diletakkan di kampung masing-masing,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Ujarnya, ia adalah salah satu usaha untuk membantu dalam membasmi penagihan dadah di negeri ini yang mana ianya menjadi alat ‘pandang dengar’ (kain rentang dan papan tanda) dan bukan sahaja tertumpu kepada ceramah, simposium dan taklimat.

“Papan tanda ini berkualiti dan ia agak mahal… InsyaAllah kita akan pasang disetiap daerah mengikut keperluan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");