Isu Panas

Isytihar harta: Tidak perlu tunggu keputusan parti

ALOR SETAR – Wakil rakyat dinasihatkan supaya tidak perlu berasa takut mahupun menunggu keputusan parti untuk membuat pengisytiharan harta dimiliki masing-masing.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, dia sendiri sudah pun bertindak mengisytiharkan harta secara terperinci dalam bentuk akuan bersumpah pada tahun lepas.

“Pada pandangan saya, wakil rakyat perlu isytihar harta, malah tindakan sedemikian sememangnya merupakan satu tuntutan yang tidak boleh dielakkan.

“Mengikut pengalaman saya sendirilah, mula-mula memang rasa cerewet. Namun adalah lebih baik, kerana tiada ancaman keselamatan dan kedudukan kewangan ahli parlimen pembangkang diketahui rakyat,” katanya ketika ditemui dalam pelancaran Invoke peringkat negeri Kedah di Kompleks Perniagaan Utama, di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail.

Rafizi berkata, salah satu sebab utama beliau mengisytiharkan harta adalah supaya rakyat mengetahui dan memahami kedudukan kewangan ahli parlimen sepertinya yang tidak memiliki peruntukan.

Katanya, tindakan itu sememangnya membantu apabila rakyat dilihat amat sensitif dengan memahami keadaan dan tidak meminta ataupun mengharapkan sesuatu diberi kepada mereka.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");