Isu Panas

Kaji semula agihan kerusi BN pada PRU – Khairy

KUALA LUMPUR: Perjanjian membabitkan agihan kerusi pilihan raya antara UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 perlu dikaji semula,” kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Bercakap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, di sini sebentar tadi, beliau menjelaskan kajian dan penelitian perlu bagi membolehkan kemampuan BN untuk menang banyak kerusi akan lebih tinggi.

BN kata Khairy, bukan saja perlu mengatur strategik menampilkan calon boleh menang semata-mata, tetapi turut membabitkan parti yang boleh menang.

“BN kena kaji dan mana kita (UMNO) boleh ambil, kita ambil. Perlu ada perjanjian baharu kerana hari ini kita berada dalam persekitaran berbeza.

“Sekiranya rakan-rakan kita (parti komponen BN lain) pegang kepada semangat setiakawan, kita akan dapat keputusan lebih baik (pada PRU-14),” katanya turut dihadiri Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Rizalman Mokhtar.

Sementara itu, Khairy berkata ahli UMNO perlu akur bahawa pemilihan parti kini bukan lagi keutamaan yang perlu dibuat segera, sebaliknya lebih penting adalah persiapan menghadapi PRU-14.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Parlimen Rembau ini mahu UMNO menjadi parti jaguh di bandar, bukan hanya berharap dan mendabik dada kepada kekuatan di luar bandar.

“Perlu kita memenuhi hati orang di bandar sebab ramai orang yang tinggal di bandar sebenarnya mengundi di kampung.

“Kalau kita tak ada strategik di bandar, bermakna undi di luar bandar akhirnya nanti akan tergugat juga,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");