Panasnya Hari Ini

‘Kalau Hendak Jatuhkan Saya, Bertandinglah Dalam UMNO’

KUALA LUMPUR : “Kalau hendak jatuhkan saya, bertandinglah dalam UMNO, tetapi jangan runtuhkan UMNO,”kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Perdana Menteri mencabar mana-mana pihak dalam UMNO yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO termasuk dirinya supaya tampil bertanding dan mencabar kedudukannya sebagai presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Dalam nada sinis, Najib berkata, jika beliau mempunyai hasrat untuk menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk tempoh 22 tahun lagi, Perlembagaan parti sebelum ini boleh dipakai.

“Kalau mengikut Perlembagaan dahulu, siapa nak bertanding presiden dia mesti mendapat sokongan daripada 56 Bahagian UMNO. Ingat senang nak dapat, satu pun susah.

“Tetapi bila saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, saya ambil langkah pinda Perlembagaan dan menyerahkan nasib saya kepada 160,000 perwakilan yang layak memilih,”katanya, lapor Bernama.

Dalam masa yang sama, Najib turut menasihati rakyat agar supaya tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan sebarang laporan berita oleh pihak asing kerana ia tidak akan membawa kebaikan.

“Apa yang penting adalah apa yang kerajaan beri kepada rakyat, bantu keluarga kita, ada pekerjaan atau sebaliknya, semua ini bukan Wall Street Journal (WSJ) yang tentu dan berikan.

“Usah ambil kisah sangat cerita daripada pihak luar, tetapi apa yang penting adalah kita mampu pertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");