Perak Hari Ini

Kari Telur Disyaki Punca 70 Pelajar Keracunan

IPOH : Seramai 70 pelajar yang melibatkan dalam kejadian yang melibatkan 49 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan di Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA), Lahat di sini mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada kari telur di dapur sekolah berkenaan Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, pihaknya menerima maklumat awal berkaitan insiden itu sekitar jam 7 malam, pada Khamis lalu selepas beberapa pelajar menunjukkan gejala seperti sakit perut, cirit-birit, demam, muntah, pening dan loya.

Ujarnya lagi, seorang daripada ibu pelajar sekolah itu telah membuat laporan kepada Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Daerah pada Jumaat lalu sekitar jam 11.50 pagi dan siasatan dilakukan pada hari yang sama.

“Beberapa sampel telah diambil seperti perkakas makanan dan makanan untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

“Keputusan masih belum diterima dan ianya mengambil masa sekitar tiga hingga lima hari,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya lagi, kesemua pelajar telah mendapat rawatan di liuma buah klinik swasta manakala seorang dimasukkan ke sebuah hospital swasta.

Juita turut berkata, hasil siasatan turut mendapati, empat daripada enam pekerja tidak mempunyai suntikan typhium.

“Selain itu, enam daripada pekerja juga tidak menghadiri kursus pengendali makanan.

“Siasatan juga mendapati bahawa ‘chiller’ tidak menepati suhu iaitu 13 Celcius semasa diperiksa selain daripada menyimpan bahan pencuci bersama dengan bahan makanan di rak penyimpanan makanan,”katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, Jabatan Kesihatan negeri telah mengarahkan dapur asrama itu ditutup berkuatkuasa semalam.

“Kami juga turut mengeluarkan notis kompaun RM1,000 dibawah Akta Makanan 1983 mengikut Peraturan (11) Kebersihan Makanan 2009,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");