Perak Hari Ini

Kazim Buat Laporan Polis Terhadap Wardina Dan Syed Azmi

IPOH: Penceramah terkenal yang juga pemilik Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Kazim Elias hari ini membuat satu laporan polis terhadap Syed Azmi dan selebriti tanahair, Wardina Saffiyah yang didakwa menyebarkan dakwaan seorang pelajar diliwat serta dicabul di pusat pendidikan miliknya baru-baru ini.

Kazim yang hadir bersama ahli jawatankuasa sekolah membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar jam 3.50 petang tadi.

“Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini kerana mempertahankan diri saya disebabkan ada komen-komen negatif yang secara langsugn dapat disifatkan itu adalah saya.

“Malah ada yang menggelarkan saya dengan gelaran-gelaran buruk ekoran viralnya di dalam Facebook mereka,”ujarnya.

Kazim berkata, pihaknya akan membuat empat laporan polis iaitu satu daripadanya, satu daripada pihak mudir sekolah dan dua laporan daripada ibubapa.

“Saya harap kepad netizen-netizen yang menulis komen di Facebook mereka ini supaya dapat berhati-hati.

“Jangan kita mengatakan sesuatu di luar batasan Islam, batasan normal sebagai seorang manusia yang mempunyai akhlak dan pegangan agama,”jelasnya.

PERAK TODAY 1

Terdahulu, viral di Facebook dan aplikasi Whatsapp bahawa seorang pelajar dicabul dan berlakunya hubungan seks luar tabii di sebuah pusat tahfiz milik seorang penceramah terkenal.

Kes tersebut kemudiannya dikaitkan dengan Maahad Tahfiz Darul Barakah iaitu sebuah sekolah tahfiz milik penceramah terkenal itu.

Kazim dalam sidang media yang diadakan pada pagi tadi menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi sekiranya perkara tersebut berlaku di pusat pengajian miliknya.

“Kami akan menyerahkan siapa jua yang terlibat kepada pihak berkuasa untuk dihukum mengikut lunas undang-undang negara walaupun beliau darah daging saya sendiri,”katanya dalam satu sidang media yang diadakan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");