Panasnya Hari Ini

‘Keluarga Saya Mungkin Terancam Jika Saya Isytihar Harta’- Tengku Adnan

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bimbang akan keselamatan diri serta keluarganya jika bertindak mengisytiharkan harta yang dimilikinya kepada umum.

Ujarnya lagi, penjenayah mungkin menjadikan isteri atau anak-anaknya sebagai sasaran sekiranya beliau berbuat demikian.

“Saya mengisytiharkan harta saya terus kepada perdana menteri setiap tahun.

“Saya pernah menjadi ahli perniagaan dan mempunyai banyak aset. Saya juga takut sekiranya mengisytiharkan aset, anak-anak dan isteri saya mungkin diculik, penjenayah boleh merompak kami, apa sahaja boleh berlaku,” katanya, memetik laporan mstar.

Tengku Adnan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang menggesa beliau mengisytiharkan hartanya kepada rakyat sebagai tanda komitmen kepada prinsip ketelusan.

Selain Tengku Adnan, turut digesa mengisytiharkan harta ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Tengku Adnan juga berkata, bagi Datuk Bandar, pengisytiharan aset dilakukan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“Saya telah mengarahkan datuk bandar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membincangkan cara terbaik bagi mengendalikan perkara itu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Oleh itu DBKL akan berkongsi maklumat mengenai berapa banyak aset, nama akaun dan juga sebagainya pada minggu akan datang.

“Perkara sama juga akan dilakukan terhadap Kementerian Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya dan Labuan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");