Berita Hari Ini

Kemajuan Sabah seiring Semenanjung – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan untuk terus komited membangunkan Sabah, seiring kemajuan dinikmati negeri di Semenanjung.

Perdana Menteri menegaskan komitmennya sebagai ikrar dalam memenuhi tuntutannya sebagai pemimpin yang memikul amanah untuk memastikan negara ini lebih maju.

“Saya akan terus mengangkat kemajuan di Sabah supaya seiring maju bersama kemajuan di Semenanjung Malaysia. Itu ikrar saya, memikul amanah sebagai pemimpin untuk melihat negara ini lebih maju,” katanya menerusi entri terbarunya di laman sosial rasmi, Facebook, sebentar tadi.

Najib berkata, UMNO Sabah kini adalah tonggak kepada perjuangan parti dan beliau cukup senang melihat kesetiaan serta semangat juang ahli UMNO di Sabah semalam.

“Semangat yang mereka tunjukkan ini membakar semangat saya sendiri untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara!,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Zon 1 Sabah di Dewan Tun Mustapha, Kudat turut menyenaraikan empat prinsip perlu dihayati UMNO Sabah untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai parti tunjang di negeri itu.

Prinsip pertama, mewujudkan kestabilan politik; kedua – UMNO berpegang kepada prinsip kerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) sebagai penyatuan rakyat Sabah; ketiga – UMNO dan BN menjaga kebajikan rakyat dan keempat, menjaga keselamatan Sabah.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");