Jenayah

Kembar penyamun Geng Amir tumpas

Chukai: Geng Amir yang terdiri daripada dua beradik kembar disyaki terbabit dalam dua cubaan merompak kedai emas ditahan polis pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, mereka itu ditahan 4.15 petang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini, selepas kenderaan dinaiki terbalik ketika melarikan diri dari polis.

Menurutnya, dua beradik berusia 26 tahun itu dikehendaki polis selepas disyaki cuba merompak kedai emas di Hulu Terengganu dan Dungun pada 20 Ogos dan 25 Ogos lalu.

“Polis turut merampas sepucuk pistol tiruan dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk pecah premis.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan mereka itu ditahan reman sehingga Selasa ini mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");