Berita Hari Ini

Kementerian Pendidikan teliti aspek keselamatan sekolah di Putrajaya

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan akan meneliti semula reka bentuk sekolah di Putrajaya, termasuk meningkatkan lagi aspek keselamatan bangunan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata reka bentuk sekolah di Putrajaya berlainan dengan reka bentuk konvensional oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana ia berdasarkan reka bentuk disediakan pemaju.

Mahdzir mengakui aspek keselamatan di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2) di sini yang juga lokasi insiden pelajar Tingkatan Tiga jatuh bangunan pagi tadi, adalah longgar.

“Ruang tingkap dalam kelas itu ada ciri keselamatan yang tidak begitu tersusun disebabkan reka bentuk bangunan, ada pintu gelongsor dan ada pula ‘side table’ di luar balkoni.

“Tembok di kelas itu juga tidak begitu tinggi iaitu 1.2 meter, menyebabkan pelajar boleh memanjatnya.

“Justeru, saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran untuk melihat semula kaedah yang boleh dibuat bagi menambah baik ciri keselamatan ini,” katanya selepas melawat lokasi kejadian pelajar yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan SMK Putrajaya Presint 9 (2) di sini, petang ini.

Pada kejadian jam 9.40 pagi tadi, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah selepas cuba mengambil beg sekolah rakannya yang dibuang rakan mereka.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");