Berita Hari Ini

Kerajaan Negeri bina Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai

KUALA KRAI – Kerajaan Negeri membina Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai untuk memperingati bencana banjir Disember 2014 yang meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa serta memusnahkan harta benda sebahagian besar penduduk.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pembinaan tugu ini juga sebagai penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama membantu mangsa banjir dari daerah ini.

“Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai dibina dengan elemen yang mempunyai maksud tersendiri.

“Pembinaan tugu ini bukan sahaja sebagai tanda peringatan terhadap banjir besar melanda daerah ini ,tetapi bakal menjadi satu lagi produk pelancongan ke Kuala Krai,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai, pagi tadi.

Ahmad berkata,pelancong yang datang ke Kuala Krai berpeluang menyelami kehidupan dilalui mangsa.

Tugu ini merupakan yang kedua selepas Tugu Peringatan Jalan Raya Kuala Krai,Gua Musang yang terletak bersebelahan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");