Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sumbang RM50,000 Untuk Tabung MUBARAK Perak

IPOH : Kerajaan negeri hari ini menyumbangkan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Malaysia Negeri Perak untuk membantu ahli yang memerlukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tabung yang baharu sahaja diwujudkan itu bertujuan untuk membantu bekas-bekas wakil rakyat yang uzur dan berada dalam keadaan kecemasan.

“Kita tahu ada di antara mereka berada di zaman tua, ada yang uzur dan memerlukan sedikit sebanyak perhatian daripada kalangan ahli-ahli.

“Jadi, kerajaan negeri mewujudkan satu tabung khas untuk membantu bekas-bekas wakil rakyat yang dalam keadaan uzur dan kecemasan serta menyumbang sebanyak RM50,000,”katanya.

4 (9)

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agung MUBARAK Malaysia Negeri Perak di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden MUBARAK Malaysia, Tan Sri Mohd Yazid Baba dan Yang Di-Pertua MUBARAK Perak, Datuk Saharuddin Abd Jabar.

Pada masa sama, Zambry turut menyarankan agar bekas-bekas wakil rakyat Barisan Nasional dapat mendaftarkan diri dan menjadi ahli MUBARAK.

7 (4)

“MUBARAK ini sangat penting kerana disinilah tempat berkumpulnya bekas-bekas wakil rakyat dan tempat mereka menjalankan aktiviti atau perkara-perkara yang berkaitan hal ehwal, kebajikan mereka dan mewakili mereka dalam perbincangan dengan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

“Saya menyeru kepada bekas-bekas wakil rakyat supaya mereka dapat mendaftar sebagai ahli kerana saya dapati ramai di kalangan mereka yang tidak menjadi ahli.

“Kalau tidak menjadi ahli, bilangan bekas wakil rakyat ini jadi kurang dan sudah tentu, kegiatan aktiviti yang ingin dilakukan itu akan jadi terhad,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");