Isu Panas

Kerajaan perlu dengar luahan anak muda

SHAH ALAM – Kerajaan perlu memberi peluang kepada anak muda dengan mendengar suara dan keluhan mereka.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, suara anak muda perlu sentiasa diutamakan kerana situasi dalam negara kini telah berubah.

“Pihak berkenaan boleh lanjutkan usaha untuk memahami cara berfikir, keperluan dan kemahuan mereka.

“Pelbagai platform sudah ada dan ia boleh digunakan untuk mendekati mereka secara berterusan agar isu-isu difahami dengan rasional dan praktikal,” katanya, semalam.

Kelmarin berlangsung himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 (#TangkapMO1) di Kuala Lumpur, anjuran mahasiswa dan anak muda menuntut perubahan dilakukan dalam urus tadbir negara.

Sivamurugan bagaimanapun berkata, demonstrasi atau himpunan di jalanan bukanlah saluran tepat bagi anak muda menyuarakan kemahuan dan pendapat masing-masing.

“Banyak platform dan saluran lain boleh digunakan anak muda untuk menyatakan pandangan kepada kerajaan.

“Mereka boleh gunakan saluran-saluran lain dan turun ke jalanan barangkali adalah langkah terakhir jika suara mereka tidak didengar,” katanya.

Menurutnya, mereka boleh menggunakan mana-mana persatuan, pertubuhan dan pemimpin ketengahkan idea.

“Apa yang penting, mereka mahukan platform agar suara didengar dan pendekatan ini boleh digunakan supaya matlamat akhir tercapai,” katanya.

Jelasnya, tidak ada keperluan bagi pihak berkuasa mengambil tindakan jika tiada kenyataan serta tindakan atau perbuatan bertentangan perlembagaan.

“Tindakan boleh diambil jika pihak berkuasa ada bukti kukuh, tindakan mereka ini melangkaui peraturan atau undang-undang,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");