Jenayah

Ketua, ahli Geng Ah Wai dicekup

Serdang: Sindiket pecah rumah dan curi kereta dikenali sebagai Geng Ah Wai ditahan polis dalam empat serbuan berasingan di Sungai Besi, Cheras dan Seri Kembangan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, empat lelaki anggota kumpulan berkenaan yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu dipercayai aktif sejak dua tahun lalu.

“Berdasarkan maklumat dan risikan, kami mengesan ketua kumpulan geng ini yang dikenali sebagai Ah Wai, 40, di Taman Sungai Besi Indah ketika memandu kereta curi.

“Hasil penahanan itu, kami mengesan tiga lagi anggota kumpulan berkenaan di Cheras dan Seri Kembangan, di sini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini.

Megat berkata, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan tukang dipercayai digunakan kumpulan terbabit untuk kegiatan pecah rumah dan curi kereta.

“Antara barang yang dirampas adalah spanar, pemotong zink, pemutar skru, pemotong besi, dril dan tukul.

“Selain itu, kami turut merampas barangan berharga dipercayai dicuri termasuk kamera, wayar kabel, beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan telefon bimbit,” katanya.

Katanya, polis turut merampas tiga kereta iaitu Perodua Myvi, Nissan Almera dan Fiat Punto dalam tangkapan berkenaan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");