Isu Panas

Ku Li: Bersatu boleh jadi pencabar

GUA MUSANG – Ahli Parlimen, Tengku Razaleigh Hamzah, memberi peringatan kepada kepimpinan BN dan Umno agar tidak mengambil mudah dengan penubuhan parti Bersatu.

Menurut beliau, parti naungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak boleh dipandang rendah kerana Bersatu dilihat mampu menjadi pencabar Umno pada PRU14 nanti.

“Kepimpinan parti itu dikepalai pemimpin-pemimpin berpengaruh dan berpengalaman. Tun Mahathir mempunyai pengaruh dan namanya masih disanjung.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin pula (bekas Timbalan Perdana Menteri) bukan calang-calang pemimpin. Mereka tetap ada pengaruh sendiri.

“Ini amaran kepada semua parti terutamanya Umno. Jangan ambil mudah kerana parti ini (Bersatu) boleh jadi gagah. Ini semua adalah lawan yang mahu mencabar kedudukan Umno. Namun, gagah atau tidak, kita tengoklah nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Penutup Kem Kecemerlangan Perdana di Sekolah Menengah (SM) Sains Gua Musang, di sini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");