Sukan Hari Ini

Lagu Negaraku iringini ketibaan wira negara

LEBIH 3,000 peminat menyambut wira wirawati negara yang pulang ke tanah air selepas mengharumkan nama negara di temasya sukan Olimpik Rio, sebentar tadi.

Atlet tersebut ialah Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Goh V Shem-Tan Wee Kiony ( beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying ( beregu campuran) dan ratu terjun, renang Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.

Turut tiba bersama pemenang pingat di Olimpik itu dari Rio adalah Nur Dhabitah Sabri, Ahmad Amsyar Azman.

Sebaik sahaja atlet melangkah tiba, para peminat dan penyokong melaungkan slogan ‘Malaysia Boleh’ sambil menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan ‘Barisan Kita’.

Meskipun gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara di temasya Olimpik Rio, namun kejayaan membawa pulang pingat empat Perak tetap menerima pujian dan sokongan rakyat Malaysia.

Sebelum itu pesawat tersebut turut menerima sambutan ‘water sallute’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke Kompleks Bunga Raya untuk menerima sambutan rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pencapaian negara pada temasya empat tahun sekali ini adalah pencapaian terbaik apabila membawa pulang empat perak dan satu gangsa.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");