Sukan Hari Ini

Larian 12 Km sempena Merdeka

Kota Bharu: Mengambil kesempatan bulan kebangsaan, 500 pelatih dan kakitangan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, di sini mengadakan Larian Kemerdekaan ILP sambil membawa Jalur Gemilang, hari ini.

Mereka berlari 12 kilometer dari kampus ILP dekat Pengkalan Chepa ke kawasan sekitarnya.

Pengarahnya, Zainudin Ahmad berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin dan Masjid Panchor turut menjadi lokasi persinggahan mereka.

“Satu kain rentang juga disediakan dengan semua pelatih institusi berusia 18 hingga 20 tahun menurunkan tandatangan dan mesej kemerdekaan, selain pelajar sekolah dan orang ramai.

“Kain rentang ini simbol larian kemerdekaan kami yang akan dipaparkan di kampus,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain mahu menyemarakkan semangat patriotisme dan menyebar mesej kemerdekaan, pihaknya turut mengambil peluang mendekati masyarakat untuk menyebar maklumat mengenai peluang pendidikan di ILP.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");