Perak Hari Ini

Lebih 3,000 Meriahkan Dataran Warisan Taiping

TAIPING : Lebih 3,000 pengunjung telah memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang  2016 Peringkat Negeri Perak di Dataran Warisan Taiping, malam tadi.

PERAK TODAY 1

Majlis tersebut disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamad yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Batu Kurau, Datuk Dr Mohammad Amin Zakaria dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal.

Saarani dalam ucapannya berkata, Menteri Besar meminta agar semua pejabat kerajaan Negeri dan Persekutuan, agensi-agensi kerajaan dan premis-premis perniagaan mengibarkan Jalur Gemilang sekurang-kurangnya pada bulan kemerdekaan ini sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September hadapan.

PERAK TODAY 3

Ini kerana, ujar beliau, Zambry melihat semangat untuk mengibarkan bendera masih lagi kurang di negeri ini.

“Beliau turut mengingatkan rakyat negeri ini agar sentiasa bersyukur kerana dapat hidup dalam sebuah negeri dan negara yang merdeka,” katanya.

Pada masa sama, Saarani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang turut berkata, keamanan, kedaulatan yang dikecapi pada hari ini perlu dikekalkan untuk generasi yang akan datang.

PERAK TODAY 6

“Kita berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman, membangun dan menjanjikan kesejahteraan hidup yang kita rasai pada hari ini adalah hasil perjuangan nenek moyang yang sebahagiannya sudah meninggalkan kita.

“Kita perlu mewarisi keamanan ini kepada anak cucu kita supaya keamanan ini turut mereka rasai,”jelas Saarani.

Selain dihiburkan dengan persembahan puisi oleh Azmie Ismail dan artis jemputan, pengunjung juga berpeluang melawati gerai-gerai pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Pada majlis tersebut, Saarani turut melepaskan Konvoi Kembara Jalur Gemilang (KJG) yang melibatkan kira-kira 80 buah kenderaan dari agensi kerajaan dan kelab-kelab kereta.

PERAK TODAY 5

Konvoi yang sama sebelum ini turut mengelilingi Bandar Taiping dan Kamunting untuk mengedar serta memasang Jalur Gemilang.

PERAK TODAY 4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");