Jenayah

Lelaki Maut Angkara Gaduh Di Facebook

GEORGE TOWN: Seorang tukang cuci maut selepas dipukul dan dipijak ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua keluarga di Flat Jalan Kurau di sini malam Isnin.

P.Panjavarman, 56, mati selepas mengalami kesukaran bernafas dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, pergaduhan dilapor pada pukul 11.15 malam berpunca apabila satu pihak menulis ayat-ayat yang menghina di Facebook.

“Dalam pertengkaran itu berlaku serangan dan mangsa yang cuba meleraikan pergelutan telah dipukul dan dipijak dan kematian disebabkan kerosakan teruk arteri koronari,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata susulan kejadian itu, tiga wanita dan seorang pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka direman enam hari.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");