Sukan Hari Ini

Liga Juara-Juara: City, Barca berentap

MANCHESTER City diundi dalam kumpulan maut bersama Barcelona, Borussia Monchengladbach dan Celtic dalam saingan Liga Juara-Juara.

Ini turut bermakna, Pep Guardiola yang juga bekas pengendali Barcelona akan kembali ke Nou Camp kali ini dengan misi berbeza iaitu untuk menumpaskan kelab Catalan itu.

Manakala penyandang juara, Real Madrid akan berhadapan Borrusia Dortmund, Sporting Lisbon dan Legia Warsaw dalam Kumpulan F.

Dalam Kumpulan A, Arsenal akan bertemu Paris Saint Germain dengan Basel dan Ludogorets bersedia memberikan kejutan kepada The Gunners dan PSG.

Leicester City dan Tottenham Hotspurs diramal mudah ke peringkat kedua apabila juara Liga Perdana Inggeris itu akan berdepan Porto, Club Brugge dan Copenhagen di Kumpulan G.

Spurs pula akan berhadapan CSKA Moscow, Bayer Leverkusen dan Monaco dalam Kumpulan E.

Manakala laluan sukar menanti Bayern Munich yang akan bertemu naib juara tahun lalu, Atletico Madrid, PSV Eindhoven dan Rostov dalam Kumpulan D.

Juventus pula akan diuji oleh juara Liga Europa, Sevilla selain Lyon dan Dinamo Zagreb dalam Kumpulan H manakala Benfica, Napoli, Dinamo Kiev dan Besiktas dalam Kumpulan B.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");